hukum bersentuhan

SOALAN:
Mengapakah ada yang mengatakan suami isteri tidak batal wuduknya jika bersentuhan?

JAWAPAN:
Ulama keempat-empat mazhab berbeza pendapat mengenai hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang ajnabi, samada membatalkan wudu' atau tidak. Mengikut mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki, tidak batal wuduk. Manakala mengikut mazhab syafii, batal wuduk.

Yang mengatakan tersebut, mungkin mengikut mazhab selain dari mazhab Syafii. Sebagai orang awam, kita wajib mengikut salah satu dari empat mazhab agar terselamat ibadah kita dari berbagai pendapat yang bertentangan. Oleh itu, jika anda seorang yang bermazhab Syafii, carilah guru dan kelas yang mengajar Fiqh Mazhab Syafii. Agar ia tidak terkeliru dengan pendapat-pendapat mazhab lain.

Begitu juga, jika kita ragu-ragu terhadap apa jua yang disampaikan, wajib kita bertanya guru tersebut atau ahli agama lain tentang pendapat tersebut mengikut mazhab mana.


SOALAN:
Adakah batal wudhu seseorang itu jika lelaki bersentuhan kulit dengan adik perempuan/ kakak kepada datuk/ nenek (nenek saudara)?

JAWAPAN:
Adik perempuan bagi datuk adalah nenek saudara seseorang. Nenek saudara tiada ikatan darah yang langsung kepada seseorang. Oleh itu, batal wuduk jika bersentuhan dengan nenek saudara, tidak kira samada sebelah ibu atau bapa.

SOALAN:
Adakah sentuhan antara sepupu membatalkan wudhu'?

JAWAPAN:
Islam membenarkan perkahwinan antara sepupu kerana mereka bukan mahram. Maka, bersentuhan antara mereka tanpa berlapik adalah membatalkan wuduk.

SOALAN:
Batalkah wudhu' jika tersentuh antara adik beradik tiri?

JAWAPAN:
Adik beradik tiri, samada sebelah bapa atau ibu, adalah seperti adik beradik sendiri. Tidak batal wudhu' antara mereka, dan tidak batal wudhu' dengan anak-anak mereka.


SOALAN:
Batalkah wudhu seorang wanita jika tersentuh dengan wanita bukan Islam? Bagaimana pula lelaki yang tersentuh lelaki bukan Islam?

JAWAPAN:
Tidak batal wudhu' wanita jika ia bersentuhan dengan wanita, tidak kira Islam atau bukan Islam. Begitu juga dengan lelaki. Wudhu wanita hanya batal jika ia bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahramnya, termasuk suaminya. Dan sebaliknya untuk lelaki dan wanita yang bukan mahramnya, termasuk isterinya. 

18 comments:

  1. assalamualaikum.. ye kita tahu sepupu batal wuduk.. tp mcm mana dgn sepupu y boleh jd wali nikah.. batal ke tidak wuduk sebab atuk saya kata tak batal musykil saya.. setahu saya sepupu mmg batal wuduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap sepupu atau dikatakan anak kepada bapa/mak saudara kita apabila bersentuhan berlainan jantina jadi jatuh di situ hukum batal wuduk sebab bukan mahram. Sekian

      Delete
    2. Kalau takde pertalian darah batal wuduk

      Delete
    3. Yang boleh belah atas ibu, bapa, atuk nenek moyang. Sebaris adik beradik Dan bawah anak cucu. Kalau tepi tak

      Delete
    4. assalamualaikum,adakah batal wuduk jika ibu saudara bersentuhan dengan anak saudara lelaki

      Delete
  2. Assalamualaikum...saya nk tanya..bolehkah perempuan islam buka aurat dihadapan perempuan bukan islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan islam dilarang sama sekali untuk buka aurat kepada perempuan yang bukan islam kerana dikhuatiri mereka akan menceritakan perihal aurat kita kepada golongan lelaki lain spt kawan, adik beradik, bapa dan lain-lain. Wallahu'alam

      Delete
  3. Assalamualaikum...saya nk tanya..bolehkah perempuan islam buka aurat dihadapan perempuan bukan islam?

    ReplyDelete
  4. Saya mau tanya, batalkah uduk sya, jika bersentuhan dengan cucu sodara.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...seorang pakcik saudara dia memang batal wuduk dengan anak saudaranya jika bersentuhan.
    Adakah pakcik saudara sah berkahwin dgn ank saudaranya?

    ReplyDelete
  6. Assalam...batal atau tidak wuduk apabila bersentuhan antara cucu perempuan dengan datuk kpda suaminya...

    ReplyDelete
  7. Assalammuaikum... Sebagai anak angkat yg tiada pertalian darah dgn Al-marhumah ibu saya, batal kah wudhuk Al-marhumah ibu ketika anak angkatnya yg lelaki mencium dahi Al-marhumah ibu saya setelah dikafankan?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum , batal ke wudhuk jika kita tersentuh anak lelaki kepada kakak kandung kita ?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum , batal ke wudhu saya jika saya menyentuh adik perempuan saya ?

    ReplyDelete
  10. Nak tanya..jika bersentuhan dengan suami kepada ibu saudara sebelah ibu boleh atau tdk boleh?haram ke jika berkahwin dengan suami ibu saudara sebelah ibu?

    ReplyDelete