Terlebih dahulu,,,marilah kita mengenali perbezaan air mani,air mazi dan air wadi,,
Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat. Manakala air mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat. Ia adalah najis dan tidak wajib mandi memadai membasuh sahaja tempat berkenaan. Manakala cecair yang keluar akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat dinamakan air wadi.
perintah allah supaya kita bersegera mandi wajib
Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:
"Dan jika kamu sedang dalam keadaan junub, maka bersegeralah kamu mandi"
Berdasarkan ayat di atas ia menunjukkan bahawa yang sedang dalam keadaan junub (tidak suci) hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk ibadat-ibadat bagimembolehkannya menunaikan ibadat wajib seperti solat dan sebagainya.
alternatif mandi wajib
Air yang digunakan untuk mandi hadas besar mestilah daripada air mutlak yang bersih dan boleh membersihkan. Air yang mengalir sudah pasti bersih dan boleh membersihkan.
Jika air yang ditakung bersih dan tidak dicelup atau terjatuh perkara yang boleh menjadikannya kotor, ia sah digunakan untuk mandi wajib.
Yang penting bukan soal bertakung atau mengalir, tetapi air itu bersih dan mutlak.
Mengangkat hadas besar dengan terjun ke dalam laut sesudah berwudhuk dan dengan niat mandi hadas besar maka sah hukumnya kerana air laut adalah termasuk dalam kategori air mutlak yang suci.
No comments:
Post a Comment